RUU Antilompat Parti | PM bentang RUU, harap sokongan dua pertiga

2022-07-27 0

Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 bertujuan memastikan kestabilan politik, dan mengelakkan negara terus berdepan dengan krisis politik yang tiada berkesudahan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sewaktu membentangkan RUU tersebut di Dewan Rakyat pada Rabu, Perdana Menteri berkata, pindaan itu juga bagi memberikan mesej jelas kepada setiap Ahli Dewan Rakyat supaya berpegang kepada prinsip parti yang diwakili.